SERAM CEMPAKA LARA
TIK TOK TIK TOK !!!! Bunyi dentingan jam menunjukkan pukul 3 pagi, sesusuk tubuh terkejung melawan mainan mimpi yang agak merunsingkan.
Sejak dia berumur 12 tahun, mimpinya acapkali mendatangi dirinya, dirinya berpeluh - peluh, seakan - akan ingin keluar daripada mimpi itu.
Suara orang memanggil - manggil dalam mimpi itu, "Cempaka "cempaka "cempaka, datanglah menemui aku, sudah lama aku menunggumu".
susuk tubuh perempuan berambut pendek (mesti ingat panjang kan? rilekslah tak akan cerita misteri semua nak rambut panjang), memanggil- manggil nama cempaka.
cempaka terkesima, dia terkaku, hendak menoleh atau berjalan terus. Dia takut, dia mengambil keputusan berjalan terus tanpa menoleh atau menyahut panggilan orang yang memanggilnya.
Cempaka berjalan dan berjalan sehinggalah tiba di sebuah rumah, dia terkesima lagi, rumah agam tu dilihatnya usang.
Dia terpaku sama ada ingin memasuki rumah itu atau .... dia nekad lalu memberi salam. Pintu rumah terkuak, cempaka cuak, dia seram sejuk.
Kelihatan sepasang suami isteri merenung dirinya dengan pandangan tajam, cempaka hanya berdiri teguh di hadapan pintu rumah.
"Pak cik mak cik tumpang tanya, saya rasa saya dah sesat, boleh pinjam telefon rumah (huk aloh mana telefon bimbit cempaka? dah dalam mimpikan) sepasang suami isteri itu menjemput cempaka masuk dan mengelarkan dirinya pak jib dan mak mah.
Cempaka memasuki saja dalam rumah itu walaupun dia tak berasa senang dengan pandangan suami isteri itu.
Luar nampak usang, dalam rumah nampak gah seperti mahligai. Cempaka mengikuti langkah suami isteri itu, langkahnya terhenti apabila ternampak potret perempuan tersergam indah di ruang tamu. Kelihatan seorang gadis menawan, rambutnya pendek, berpakaian songket, sangat cantik!.
tiba - tiba cempaka bersuara, "mak mah cantiknya dia, siapakah dia?" mak mah berpandangan dengan pak jib.
"Nak, tak usahlah kamu tatap potret tu lama-lama, cepatlah selesaikan urusanmu di sini, hari makin senja, takut nanti kamu terpaksa menginap di rumah ini pula"
Cempaka tak sedap hati dengan jawapan mak mah, mengapa dia perlu menyelesaikan urusan dia. Alamak, dia terlupa tujuan dia di sini, dia memang terpegun melihat perempuan dalam potret tu.
Dia meneruskan langkahnya, kenapa dia terasa jauhnya tempat letak telefon rumah pak ajib dan mak mah.
Sepanjang perjalanan, ada 4 bilik di samping tertera no di pintu bilik, No 33, No 72, No 15, No 4. Cempaka terdetik "aku dalam mimpi ke ini, boleh buat nombor ekor ni" (adik - adik semua ingat ye, jangan nak main nombor ekor pula, haram. dosa!) cempaka tersedar lamunannya, dia mengumam sendiri "apa aku merepek ini, ini mesti teringat kisah ah may mimpi no ekor, lepas tu dia beli dan menang" cempaka sempat tergelak.
Cempaka meneruskan langkah sambil memandang segenap penjuru dalam rumah, dia mengumam dalam dirinya, dia mengingati semua no tertera di pintu bilik dan dia pelik, kenapa semua no ada 2 no tapi ada 1 pintu je tertulis no 4. Hatinnya memberontak ingin menanya sesuatu kepada sepasang suami isteri tersebut tapi dia tidak berani takut ditemplak seperti tadi lalu cempaka meneruskan perjalanan sampai di sudut rumah terbabit.
(Pelikkan, mesti ramai ingat rumah panjang ke ini, dah mimpi... hahahaha) Cempaka mendail - dail tetapi tidak ada orang mengangkat, dia runsing. Jam menunjukkan pukul 6 petang, pak jib dan mak mah setia menunggu disisinya. Mukanya berkerut - kerut risau kenapa tidak ada seorang pun menyahut panggilannya, mana pergi mama dan papanya.
Cempaka meletakkan gagang telefon, dia memandang pak jib dan mak mah. "pak jib mak mah nampaknya kedua orang tua saya tak mengangkat panggilan saya" ucap cempaka dengan nada runsing.
Pak jib dan mak mah berpandangan sesama sendiri, mereka tersenyum sinis. Cempaka gusar dengan raut wajah sepasang suami isteri tersebut. "Nak, nampaknya empunya rumah ini seperti berminat dengan nak" mak mah berkata, aku terkaku sambil memikir, kenapa mak mah berkata demikian, apa semua maksud ini, ahhhhh kepala aku serabut, kalau ini semua mimpi, cepatlah berakhir, aku tak suka terperangkap dengan suasana ini.
"Nak apa kamu fikir tu, usahlah takut dengan ayat mak mah tu, dia bergurau saja, hari pun makin senja, marilah pak jib tunjukkan bilik kosong untuk kamu"
Ok, cuba teka bilik apa pak jib nak bagi kat cempaka? rasanya semua boleh teka, confirmlah bilik misteri itu.
"Pak jib, bilik no 4 tu ke?" cempaka meneka. Pak jib dan mak mah saling berpandangan dan tersenyum sinis lagi. "ye betul nak, kamu ini bijak, jiwa kamu seakan - akan sehati dengan kehendak empunya rumah ini, marilah pak jib bawa kamu ke bilik itu." Cempaka gusar, fikirannya berkecamuk, hatinya takut resah apa yang akan berlaku terhadap dirinya. Dia masih dalam mimpinya, dia tau itu mimpi tapi seakan mimpi tu tidak mahu melepaskannya pergi.
Ok guys? what your comment, nak sambung ke tidak. please support and drop the comment, we will see what happen to cempaka next, wah! speaking pula aku. bahahahha